VOLATILITY TRENDS OF SYARIAH INDEX RETURNS AND KUALA LUMPUR COMPOSITE INDEX

Authors

  • Mohd Saharudin Shakrani Universiti Utara Malaysia, Malaysia

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis sifat-sifat yang mempengaruhi
secara langsung kemeruapan pulangan KLSI dan KLCI menggunakan
model-model keluarga ARCH. Tempoh kajian bermula dari Januari 1995
- Jun 2003 yang dibahagikan kepada tempoh 1 ( 2 Januari 1995 - 29
April 1999) sebelum wujud KLSI dan tempoh 2 ( 30 April 1999 - 13 Jun
2003) iaitu selepas wujud KLSI. Dapatan kajian menunjukkan pulangan
KLSI lebih meruap jika dibandingkan dengan KLCI. Dapatan juga
menunjukkan ketibaan maklumat lndeks lndustri Dow Jones (DJ/I)
merupakan faktor utama yang mempengaruhi sifat keberterusan
kemeruapan pulangan KLCI. Sifat keberterusan kemeruapan pulangan
KLSI pula lebih dipengaruhi oleh ketibaan maklumat volum dagangan
diikuti oleh kadar antara bank Islam dan DJII. Selain itu, dapatan
menunjukkan arah kejutan pulangan pula mempunyai hubungan tidak
simetri dengan kemeruapan pulangan KLCI dan KLSI dan tiada
pembolehubah luaran yang dapat dikenalpasti mempengaruhi sifat tidak
simetri ini. Bagi hubungan min-varians, secara keseluruhannya wujud
hubungan positif iaitu apabila risiko meningkat, pulangan akan turut
meningkat dan sebaliknya tetapi arah hubungan ini adalah tidak
signifikan. Tambahan pula, kadar faedah antara bank, DJII dan volum
dagangan gagal menjelaskan kewujudan hubungan antara min
pulangan dan varians.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2019-08-30

How to Cite

Shakrani, M. S. (2019). VOLATILITY TRENDS OF SYARIAH INDEX RETURNS AND KUALA LUMPUR COMPOSITE INDEX. Jurnal Syariah, 13(2), 65–91. Retrieved from https://ijie.um.edu.my/index.php/JS/article/view/22841