Terma Dan Syarat Kontrak Pekerjaan Pekerja Kanak-Kanak Dan Orang Muda

Terlindungkah Mereka Di Sisi Undang-Undang?

Authors

  • Siti Zaharah Jamaluddin

Abstract

Malaysia tidak menjadikan sistem pendidikan sebagai sesuatu yang wajib. Apa yang disediakan hanyalah peluang pendidikan kepada semua rakyatnya bermula daripada peringkat sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi. Tanpa menjadikan pendidikan sebagai sesuatu yang wajib, maka sudah tentulah akan terdapat keadaan-keadaan di mana para pelajar yang tidak mampu meneruskan pelajaran mereka atas sebab-sebab tertentu, perlu bekerja. Makalah ini akan membincangkan sejauhmanakah undang-undang melindungi golongan dan syarat kontrak pekerjaan dan Akta khusus yang diadakan untuk golongan ini, iaitu Akta (Pekerjaan) Kanak-kanak dan Orang Muda 1966 (selepas ini dikenali sebagai "Akta"). Perbincangan ini adalah terhad hanya kepada Malaysia Barat kerana Akta ini hanya terpakai di Malaysia Barat dan ianya mula berkuat kuasa pada 1 Oktober 1966. 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

1999-06-01

How to Cite

Jamaluddin, S. Z. (1999). Terma Dan Syarat Kontrak Pekerjaan Pekerja Kanak-Kanak Dan Orang Muda: Terlindungkah Mereka Di Sisi Undang-Undang?. Journal of Malaysian and Comparative Law, 26(1. Jun), 213–226. Retrieved from https://ijie.um.edu.my/index.php/JMCL/article/view/16155