Analisis Pelaporan Atlet Wanita Islam Semasa Sukan Sea 2015 dan 2017 dalam Utusan Online dan Berita Harian Online Analysis on reporting of Muslim women athletes in SEA Games 2015 and 2017 in Utusan Online and Berita Harian Online
Main Article Content
Abstract
The involvement of female Muslim in the sports arena is not new in Malaysia. In the national sports history, there are several big names such as Farah Ann Abdullah, Nur Dhabitah Sabri and others who are female Muslim athletes that have contributed medals and honour the country’s name in international sports. Despite reporting on their success, female Muslim athletes are also not excluded from controversial reporting by the media, particularly with regard to their attire or lifestyle. Taking into account on the lack of previous studies exploring the reporting of female Muslim athletes’ in the local newspaper, this study was conducted by studying the types of frames, sources and pictures used by Utusan Online and Berita Harian Onlineon their reporting of female Muslim athletes during the SEA Games 2015 and 2017. Results from content analysis on 83 reporting on female Muslim athletes during the SEA Games showed that both newspapers tend to use conflict frames in their reporting.
Penglibatan wanita Islam dalam arena sukan bukanlah sesuatu yang baharu di Malaysia. Dalam sejarah sukan negara, terdapat beberapa nama besar seperti Farah Ann Abdullah, Nur Dhabitah Sabri dan beberapa lainnya yang merupakan atlet wanita Islam yang banyak menyumbangkan pingat dan mengharumkan nama negara di persada sukan antarabangsa. Sungguhpun begitu, di sebalik pelaporan tentang kejayaan mereka, atlet wanita Islam juga tidak terlepas dengan pelaporan kontroversi dalam media, khususnya berkenaan dengan isu pemakaian mahupun gaya hidup mereka. Mengambil kira kurangnya kajian lepas yang meneroka tentang analisis pelaporan atlet wanita Islam dalam akhbar tempatan, kajian ini dilakukan dengan mengkaji jenis bingkai, sumber dan gambar yang digunakan dalam pelaporan Utusan Online dan Berita Harian Online tentang atlet wanita Islam semasa temasya Sukan SEA 2015 dan 2017. Analisis kandungan terhadap 83 pelaporan mengenai atlet wanita Islam semasa temasya Sukan SEA mendapati bahawa kedua-dua akhbar cenderung menggunakan bingkai konflik dalam pelaporan mereka. Pakar atlet dan jurulatih adalah sumber paling banyak digunakan dalam pelaporan atlet wanita Islam semasa temasya Sukan SEA dalam kedua-dua akhbar dalam talian. Kajian juga mendapati bahawa majoriti pelaporan menggunakan sekurang-kurangnya satu gambar dan majoritinya adalah gambar jenis kebaratan yang menampilkan imej atlet wanita Islam yang tidak menutup aurat.
Downloads
Article Details
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.