KEINGINAN RASA CINTA, KEHORMATAN DAN KEMASYHURAN DALAM PUISI TERPILIH DHARMAWIJAYA DESIRE FOR LOVE, RESPECT AND FAME IN THE SELECTED POETRY OF DHARMAWIJAYA

Main Article Content

Mohd Fadzil Baharudin
Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali

Abstract

Kajian ini menghuraikan perasaan semula jadi, pengalaman, keinginan
dan tingkah laku penyair sehingga terhasilnya puisi. Permasalahan dalam
kajian berkait dengan insan, masyarakat dan alam. Puisi-puisi yang
dihasilkan oleh penyair Dharmawijaya dianalisis bagi menilai sejauh mana
wujud dan tergambarnya keinginan-keinginan penyair terhadap rasa
cinta, kehormatan dan kemasyhuran. Keinginan-keinginan yang wujud
dalam diri penyair mempengaruhi pemikiran dan kreativitinya yang
diperlihatkan melalui aspek insan, masyarakat dan alam. Penggunaan
konsep-konsep tertentu daripada Teori Psikoanalisis Freud yang
bersesuaian dengan analisis seperti mekanisme helah bela diri membantu
penyair menyampaikan keinginan yang wujud dalam dirinya berdasarkan
pengalaman yang pernah dialami. Kajian terhadap puisi-puisi
Dharmawijaya membuktikan bahawa pengalaman yang pernah dilalui
oleh penyair mempengaruhi keinginan terhadap rasa cinta, kehormatan
dan kemasyhuran. Keadaan tertekan yang dialami oleh penyair
disampaikan dalam bentuk puisi. Melalui kajian ini, mekanisme helah
bela diri represi, sublimasi dan pindah gantian didapati berperanan bagi menyatakan keinginan dalam diri dengan penuh penghayatan. Kesan
keadaan bawah sedar dan tekanan yang dialami oleh penyair
Dharmawijaya menyebabkan wujudnya idea dan pemikiran yang
menampakkan rupa bentuk dan gaya kepenyairan dalam puisi-puisi yang
dihasilkan. Kesimpulannya, penyair didapati menyalurkan keinginan
dalam dirinya yang berkaitan dengan rasa cinta, kehormatan dan
kemasyhuran dengan menggunakan mekanisme helah bela diri
berdasarkan pengalaman sebenar yang pernah dilalui dan memenuhi
norma masyarakat.
Kata Kunci: Psikoanalisis Freud, keinginan rasa cinta, keinginan
kehormatan, keinginan kemasyuran, Dharmawijaya.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Baharudin, M. F., & Tengku Mohd Ali, T. I. M. (2017). KEINGINAN RASA CINTA, KEHORMATAN DAN KEMASYHURAN DALAM PUISI TERPILIH DHARMAWIJAYA: DESIRE FOR LOVE, RESPECT AND FAME IN THE SELECTED POETRY OF DHARMAWIJAYA. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 28(1), 116–134. Retrieved from https://ijie.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9617
Section
Articles