PENGUASAAN KATA NAMA KANAK-KANAK BERUMUR 3 HINGGA 5 TAHUN SEMASA PANDEMIK COVID-19 NOUN PROFICIENCY AMONG 3 TO 5 YEAR OLDS DURING THE COVID-19 PANDEMIC
Main Article Content
Abstract
ABSTRAK
Kanak-kanak generasi kini yang kurang berminat bertutur menggunakan bahasa kebangsaan Malaysia telah memberikan impak yang sangat memilukan. Akibat pendedahan kepada media digital yang melampau pada sepanjang pandemik Coronavirus Disease (COVID-19) yang lalu telah menambah parah nasib bahasa Melayu pada masa akan datang. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti penguasaan golongan kata nama dalam bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Penyelidik telah memilih seramai tujuh orang kanak-kanak yang berumur antara tiga hingga lima tahun dari seluruh Malaysia dan telah menjalankan Ujian Pengecaman Gambar. Seramai empat orang daripada mereka mendapat pendidikan prasekolah sebelum PKP sebaliknya pula bagi tiga orang lagi kanak-kanak. Penyelidik menggunakan 50 keping kad gambar pelbagai kategori bagi kata nama am untuk memperoleh data. Data disokong dengan pandangan daripada ibu atau bapa kanak-kanak melalui temu bual berstruktur yang dijalankan secara dalam talian. Skor markah dan maklumat temu bual ditranskripsi dan dianalisis. Berdasarkan skor markah yang diperoleh, hasil dapatan menunjukkan purata penguasaan bahasa Melayu subjek kajian adalah peringkat rendah. Dua orang kanak-kanak memperoleh tahap tinggi, dua orang lagi pada tahap sederhana dan seterusnya tiga orang tahap rendah. Kanak-kanak yang belum pernah ke prasekolah dapat menyebut perkataan kata nama dengan baik tetapi kanak-kanak yang pernah ke sekolah mendapat skor sebaliknya. Dapatan menunjukkan, walaupun pemerolehan bahasa pertama terjadi secara ilmiah namun faktor persekitaran turut mempengaruhi penguasaan bahasa kanak-kanak. Implikasinya, kanak-kanak akan terpengaruh dengan bahasa yang kerap didengarnya dalam pertuturan seharian mahupun di media massa. Pertembungan pelbagai bahasa mengakibatkan kanak-kanak mula berdepan dengan bahasa Melayu yang tidak baku. Kajian lanjutan perlu dilakukan bagi memartabatkan bahasa kebangsaan negara ini agar kanak-kanak generasi Alpha mencintainya untuk kesejahteraan dalam kehidupan.
Kata kunci: generasi alpha; literasi; pemerolehan bahasa; Perintah Kawalan Pergerakan (PKP); Ujian Pengecaman Gambar
ABSTRACT
The current generation of children, who exhibit decreased interest in using the national language of Malaysia, has profoundly concerning implications. The extensive exposure to digital media amid the recent COVID-19 pandemic has exacerbated the future prospects of the Malay language. This research was undertaken to assess children's proficiency in noun groups within the Malay language, particularly amid the Movement Control Order (MCO) period. Seven children between the ages of 3 and 5 from various regions in Malaysia were selected for participation, with four having attended kindergarten prior to the MCO, while three had not. A Picture Recognition Test was administered, utilizing 50 picture cards depicting various categories of common nouns to gather data. Structured interviews conducted online with the children's parents provided supplementary insights. Transcripts of scores and interview responses were meticulously analysed. The results revealed a generally low level of Malay proficiency among the participants, with two achieving high proficiency, two medium, and three low. Interestingly, children who had not attended preschool demonstrated better pronunciation of noun words compared to their counterparts who had. This underscores the influence of environmental factors alongside the scientific processes involved in language acquisition. Importantly, children are heavily influenced by the languages prevalent in their everyday interactions and in mass media, often leading to exposure to non-standard forms of Malay due to linguistic diversity. The implications of this study underscore the necessity for further research to elevate the status of the national language, instilling a genuine fondness for it among the Alpha generation to enhance their well-being in life.
Keywords: alpha generation; literacy; language acquisition; Movement Control Order (MCO); Image Recognition Test