KEBERKESANAN STRATEGI PENGAJARAN TIMBAL BALIK TERHADAP KEMAHIRAN DAN MINAT MEMBACA TEKS SASTERA DALAM KALANGAN PELAJAR ELEKTIF SASTERA DI SEKOLAH MENENGAH THE EFFECTIVENESS OF RECIPROCAL TEACHING STRATEGIES ON READING SKILLS AND INTEREST TOWARDS LITERARY TEXT AMONG LITERATURE ELECTIVE SECONDARY SCHOOL STUDENTS

Main Article Content

Sylvester Jua
Norazimah Zakaria

Abstract

ABSTRAK
Pelajar elektif Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK) didapati kurang kemahiran dan minat membaca teks sastera. Objektif kajian ini ialah mengkaji keberkesanan penggunaan Strategi Pengajaran Timbal Balik dalam memupuk kemahiran dan minat membaca teks sastera dalam kalangan pelajar elektif Sastera di sekolah menengah dan mengenal pasti tahap kemahiran serta minat membaca teks sastera pelajar elektif Kesusasteraan Melayu. Reka bentuk penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini Adalah penyelidikan secara kualitatif dan memfokuskan kepada kajian tindakan. Kajian ini mengetengahkan beberapa kaedah, iaitu temu bual berstruktur, pemerhatian dan analisis dokumen. Kajian ini melibatkan temu bual berstruktur dan pemerhatian terhadap dua orang guru KMK dan 20 orang pelajar KMK yang terdiri daripada tingkatan empat dan lima di salah sebuah sekolah menengah di Daerah Sri Aman, Sarawak. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar elektif KMK di sekolah menengah tidak berminat untuk membaca teks sastera dan tidak mempunyai kemahiran membaca teks sastera dengan betul. Strategi Pengajaran Timbal Balik didapati membantu pelajar elektif KMK dalam memahami teks yang dibaca. Selain itu, informan juga menyatakan bahawa kaedah pembelajaran secara koperatif yang mengaplikasikan Strategi Pengajaran Timbal Balik membantu pelajar memahami teks sastera yang dipelajari. Implikasi kajian ini ialah Strategi Pengajaran Timbal Balik dapat meningkatkan minat membaca teks sastera dalam kalangan pelajar elektif KMK di sekolah. Oleh itu, penggunaan Strategi Pengajaran Timbal Balik harus diperluaskan bagi memupuk budaya membaca pelajar bukan sahaja untuk mata pelajaran KMK bahkan mata pelajaran yang lain.


Kata Kunci: Strategi Pengajaran Timbal Balik; kemahiran membaca; minat membaca; teks sastera; pembelajaran koperatif.


ABSTRACT


Students of the elective subject ‘Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK)’ have been found to lack the skills and interest in reading literary text. Therefore, this study aims to investigate the effectiveness of reciprocal teaching strategies in cultivating reading skills and interest in such texts among elective literature students at the secondary school level. In addition, this study aims to identify the current degree of skill and interest of such students in perusing Malay literature. The research design employed in this study is qualitative, focusing on action research, alongside structured interviews, observation and document analysis. The subjects involved were two KMK teachers and 20 Secondary Four and Five KMK students of a specific school in Sri Aman, Sarawak, East Malaysia. Data showed that the student subjects were disinterested in perusing literary text, coupled with the inability to do so correctly. In addition, reciprocal teaching strategies were found to be able to assist the students in text comprehension. Informants also stated that cooperative learning methods that utilise reciprocal teaching strategies could help students understand the literary text. In conclusion, reciprocal teaching may promote KMK students’ interest towards reading literary texts. Thus, these strategies should be expanded to nurture a culture of reading, not only for KMK but for other subjects, too.



Keywords: reciprocal teaching; reading skills; reading interest; literary text; cooperative learning.


 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Sylvester Jua, & Norazimah Zakaria. (2023). KEBERKESANAN STRATEGI PENGAJARAN TIMBAL BALIK TERHADAP KEMAHIRAN DAN MINAT MEMBACA TEKS SASTERA DALAM KALANGAN PELAJAR ELEKTIF SASTERA DI SEKOLAH MENENGAH: THE EFFECTIVENESS OF RECIPROCAL TEACHING STRATEGIES ON READING SKILLS AND INTEREST TOWARDS LITERARY TEXT AMONG LITERATURE ELECTIVE SECONDARY SCHOOL STUDENTS. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 34(2), 1–16. Retrieved from https://ijie.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/47605
Section
Articles