PERANCANGAN RAPI DALAM SILIR DAKSINA DARI PERSPEKTIF PENDEKATAN PENGURUSAN IMMACULATE PLANNING IN “SILIR DAKSINA” BASED ON THE MANAGEMENT APPROACH

Main Article Content

Mohamad Zuber Ismail
Akhmal Hakim Mohamad
Arina Johari

Abstract

Abstract
This study analyses a literary work using the Management Approach by Mohamad Mokhtar
Abu Hassan (2013). There are five principles under the approach: planning, leadership,
organising, staffing, and control. This paper focuses on the planning principle, which was based
on the Planning Dimension Model by Sara Beden (2018). It involves factors such as setting
objectives and formulating strategies. The principle was applied to the novel “Silir
Daksina” by Nizar Parman, which is included in the syllabus of the Literature Component
(KOMSAS) under the Ministry of Education (MOE) Malaysia for Sijil Persekolahan
Malaysia (SPM) students in Sarawak. Literary research and text analysis were used to achieve
the study‟s primary objectives of identifying and analysing the planning principle in the text.
Results proved that “Silir Daksina” is highly inclined towards the application of the principle
based on the Planning Dimension Model. The planning principles found in this novel are
significant, relevant and appropriate to be applied in literary material vis-à-vis the Management
Approach. The study proves that this novel can shape and nurture attitudes and identities,
especially in terms of good management in the minds of the young today. Thus, the analysis of a
novel on the perseverance and resilience of youth using the new approach in the field of literary criticism in Malaysia is deserving and relevant to be highlighted. In turn, the study hopes to
make a small contribution to the world of literary criticism and education in Malaysia.



Keywords: management approach, planning principle, planning dimension model, Silir Daksina
novel, KOMSAS



Abstrak
Kajian ini menekuni sebuah karya sastera menggunakan satu pendekatan yang
telah diketengahkan dalam dunia kritikan sastera tanah air, iaitu Pendekatan Pengurusan
oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013). Terdapat lima prinsip bawah Pendekatan
Pengurusan, iaitu Perancangan, Kepimpinan, Pengorganisasian, Penstafan dan Kawalan.
Kajian ini memfokuskan prinsip pertama, iaitu Prinsip Perancangan. Prinsip Perancangan
ini dianalisis berdasarkan Model Dimensi Perancangan yang diperkenalkan oleh Sara Beden
(2018), iaitu (i) menetapkan objektif, (ii) membentuk strategi (iii) kajian semula strategi (iv)
memilih strategi dan, (v) pencapaian objektif. Prinsip Perancangan ini diterapkan dalam
novel Silir Daksina (2015) hasil karya Nizar Parman yang telah diangkat dalam sukatan
pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bawah Komponen Sastera
(KOMSAS) bagi pelajar Sijil Persekolahan Malaysia (SPM) untuk Zon Sarawak. Kaedah
kepustakaan dan kaedah analisis teks diaplikasikan bagi mencapai objektif utama kajian, iaitu
mengenal pasti dan menganalisis Prinsip Perancangan yang terdapat dalam teks tersebut. Hasil
dapatan kajian membuktikan bahawa Silir Daksina memperlihatkan kecenderungan yang tinggi
dalam pengaplikasian prinsip perancangan berdasarkan Model Dimensi Perancangan. Prinsip
Perancangan yang terdapat dalam novel ini amat signifikan, relevan dan bertepatan untuk
diaplikasikan dalam bahan sastera menggunakan Pendekatan Pengurusan. Kajian ini jelas
membuktikan bahawa karya sastera ini mampu membentuk dan menyemai satu sikap dan
jati diri khususnya dalam aspek pengurusan yang baik dalam kalangan jiwa generasi muda hari
ini. Impaknya, novel yang bertemakan kegigihan dan kecekalan anak muda ini yang
diterapkan menggunakan satu pendekatan baharu dalam dunia kritikan sastera di Malaysia
adalah sesuatu yang wajar dan relevan untuk diketengahkan dan seterusnya dapat
memberikan satu sumbangan yang kecil dalam dunia kritikan sastera tanah air dan pendidikan
di Malaysia.



Kata Kunci: Pendekatan pengurusan, prinsip perancangan, model dimensi perancangan, novel,
Silir Daksina, KOMSAS 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Mohamad Zuber Ismail, Akhmal Hakim Mohamad, & Arina Johari. (2022). PERANCANGAN RAPI DALAM SILIR DAKSINA DARI PERSPEKTIF PENDEKATAN PENGURUSAN: IMMACULATE PLANNING IN “SILIR DAKSINA” BASED ON THE MANAGEMENT APPROACH. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 33(2), 118–145. Retrieved from https://ijie.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/39756
Section
Articles