SYAIR BUGIS DAN PENGEKALAN SIRI’ DALAM ADAT PERKAHWINAN BUGIS DI SABAH

Main Article Content

Asmiaty Amat

Abstract

kaum Bugis yang kadang kala disebut sebagai Bugis-Makasar
merupakan salah satu etnik yang terdapat dalam kelompok penduduk
pelbagai etnik di negeri Sabah. Suku kaum ini mendominasi
penempatan di Pantai Timur Sabah dan mempunyai kebudayaan dan
kesenian tersendiri. Masyarakat ini memiliki satu konsep yang dikenali
sebagai siri’. Konsep siri berkait rapat dengan kehormatan dan nilai
diri yang begitu disanjung. Siri telah sebati dalam diri seseorang Bugis
dan ia melambangkan keutuhan keperibadian yang mencakupi segala
kewajipan sebagai seorang manusia di sisi masyarakat. Maksudnya, siri
hendaklah menjadi landasan hidup masyarakat Bugis-Makasar atau
Bugis keseluruhannya, supaya martabat mereka tetap dipandang tinggi
oleh masyarakat setempat. Selain siri yang menjadi landasan hidup
masyarakat tersebut, mereka juga memiliki syair yang membezakan
mereka daripada etnik lain. Syair biasanya digunakan untuk meluahkan
hasrat, hajat dan perasaan. Pendengar yang peka kepada penggunaan
syair akan memahami maksud luahan hati seseorang. Dalam
masyarakat Bugis, syair disampaikan dalam upacara adat seperti
perkahwinan, majlis kesyukuran atau dalam kehidupan seharian,
misalnya mendodoikan anak, mendidik dan sebagai tanda menghayati
dan mengekalkan konsep siri. Penggunaan syair juga kadangkala
digunakan dalam hubungan teruna dan dara. Bentuk syair yang agak
bebas mengandungi makna tersembunyi,terutama yang menyentuh soal
harga diri, maruah atau siri. Kertas kerja ini akan memperlihatkan
bentuk syair masyarakat Bugis Sabah, kegunaannya dalam adat perkahwinan serta penerimaan generasi baru Bugis di Sabah sebagai
minoriti dalam kepelbagaian etnik di Sabah.



Kata kunci: Bugis, siri’, harga diri, syair, adat perkahwinan, Sabah

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Amat, A. (2020). SYAIR BUGIS DAN PENGEKALAN SIRI’ DALAM ADAT PERKAHWINAN BUGIS DI SABAH. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 23(1), 65–84. Retrieved from https://ijie.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/25678
Section
Articles