PERSEPSI EDITOR MELAYU TERHADAP PENGAMAL PERHUBUNGAN AWAM DI MALAYSIA

Main Article Content

Mohd Yahya Mohamed Ariffin
Md Sidin Ahmad Ishak

Abstract

Perhubungan media merupakan aspek yang penting dalam strategi komunikasi sesebuah
organisasi. Dengan demikian, amat kritikal bagi pengamal perhubungan awam untuk
membina hubungan yang berkesan dengan personaliti media. Kajian ini berfokus pada
amalan perhubungan media di Malaysia dengan memberi tumpuan kepada persepsi editor
Melayu terhadap pengamal perhubungan awam. Kaedah temubual mendalam
dilaksanakan untuk mengkaji pendapat para editor Melayu dua organisasi media, iaitu
Berita Harian dan TV3 mengenai perpsepsi mereka terhadap pengamal perhubungan
awam. Hasil kajian menunjukkan para editor Melayu mempunyai persepsi bahawa pada
umumnya pengamal perhubungan media menjalankan tugas secara bijaksana, jujur, boleh
dipercayai, beretika, baik serta adil. Namun begitu, pengamal yang kurang
berpengalaman dan pengamal yang bukan perunding ditanggap secara kurang positif.
Kajian ini memperlihatkan bahawa persepsi editor Melayu cenderung untuk
mempengaruhi perhubungan media dan hubungan baik perlu dimantapkan supaya
pengamal perhubungan awam dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Mohamed Ariffin, M. Y., & Ahmad Ishak, M. S. (2020). PERSEPSI EDITOR MELAYU TERHADAP PENGAMAL PERHUBUNGAN AWAM DI MALAYSIA. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 21(1), 123–135. Retrieved from https://ijie.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/25668
Section
Articles