ASIMILASI HUKUM ISLAM DALAM AMALAN PERNIAGAAN MELAYU: KAJIAN KE ATAS BEBERAPA MANUSKRIP MELAYU LAMA

Main Article Content

Jasni Sulong

Abstract

Islam dipercayai telah datang ke Tanah Melayu seawal abad ke-10M dahulu lagi melalui
usaha pedagang dari Tanah Arab dan India. Kedatangan para pedagang ini bukan sahaja
dalam menjalankan aktiviti perdagangan dan ekonomi, malah mereka juga turut terlibat
dalam usaha dakwah bagi menyebarkan agama Islam. Serentak dengan usaha ini,
penyebaran dan perkembangan agama Islam serta ilmu-ilmu mengenainya seperti ibadat,
muamalat dan jinayat pesat berlangsung dalam kalangan masyarakat Melayu. Hal ini
bukan sahaja berlaku secara langsung melalui pengajaran di masjid, surau atau di rumah
alim-ulama, malah ia juga berlaku secara tidak langsung semasa berlakunya aktiviti
ekonomi dan muamalah sesama orang Islam pada ketika itu. Hasilnya, beberapa kaedah
hukum Islam telah diserap dan digabung-jalin bersama amalan dan budaya masyarakat
setempat. Maka berlakulah aktiviti perniagaan yang berasaskan campuran hukum Islam
dan adat ini seperti jual janji, jual-beli unjuk-berunjuk, jual-beli bertempah, jualan buahbuahan
di atas pokok yang belum masak, perniagaan secara berkongsi dan sebagainya.
Sebahagian besar daripada bentuk urusniaga dan aktiviti ekonomi ini menerima asimilasi
antara hukum Islam dan adat setempat. Kadangkala hukum Islam mengenai perniagaan
mengambilpakai unsur-unsur adat untuk disesuaikan dan kadangkala pula sebaliknya.
Kesemua ragam ini bukan sahaja diterima secara amalan, malah telah tercatat dalam
beberapa manuskrip Melayu sebagai garis panduan, pemakaian dan perundangan pada
ketika dulu. Justeru, bagi memperlihatkan lagi penerimaan dan amalan ini, satu kajian
yang terperinci sangat penting untuk dilaksanakan bagi memperlihatkan asimilasi hukum
Islam dan budaya Melayu ini dengan meneliti beberapa manuskrip Melayu yang terpilih.
Dapatan kajian ini akan dapat menunjukkan dengan jelas sejarah perkembangan
masyarakat Melayu daripada perspektif asimilasi hukum Islam dan budaya perniagaan
setempat.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Sulong, J. (2020). ASIMILASI HUKUM ISLAM DALAM AMALAN PERNIAGAAN MELAYU: KAJIAN KE ATAS BEBERAPA MANUSKRIP MELAYU LAMA. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 21(1), 73–95. Retrieved from https://ijie.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/25665
Section
Articles