Main Article Content

Abstract

Artikel ini memperkatakan mengenai perkembagan sains tabi?i Islam pada era Uthmaniyyah. Ia bertujuan untuk mengetengahkan kehebatan sains tabi?i Islam pada era tersebut. Kajian mengenai perkara ini dilakukan dengan menggunakan pendekatan analisis kandungan. Sumber-sumber utama dalam bidang ini telah diteliti untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan sains tabi?i Islam. Daripada penelitian yang dilakukan, didapati sains tabi?i Islam mengalami perkembangan yang pesat pada era Uthmaniyyah. Ini terbukti menerusi kemunculan tokoh-tokoh hebat era ini seperti Åžerefeddin SabuncuoÄŸlu, Taqi al-Din, Piri Reis, Seydi Ali Reis dan al-Jazari. Bidang-bidang sains tabi?i Islam juga turut mengalami perkembangan hebat termasuk bidang perubatan, geografi, astronomi dan kejuruteraan mekanikal. Ciptaan alat-alat turut mengalami inovasi dengan terciptanya alat-alat seperti bingkai sextant, jam penggera mekanikal, monoblok pam enam silinder, enjin stim dan juga turbo stim.

Article Details

How to Cite
Sidik@Mat Sidek, R., & Mohd Talib, N. (2013). PERKEMBANGAN SAINS TABI’I ISLAM ERA UTHMANIYYAH. Journal of Al-Tamaddun, 8(2), 37–47. Retrieved from https://ijie.um.edu.my/index.php/JAT/article/view/8660