Main Article Content
Abstract
Para ulama silam telah memainkan peranan tersendiri di dalam mengembangkan ajaran Islam di Tanah Melayu. Usaha dan sumbangan mereka telah banyak mengubah cara hidup masyarakat ketika itu. Keadaan yang sama telah berlaku di Negeri Terengganu dengan kelahiran seorang tokoh ulama silam iaitu Shaykh Ê»Abd al-MÄlik bin ?AbdullÄh atau lebih masyhur dengan gelaran Tok Pulau Manis. Artikel ini ditulis bertujuan untuk mengkaji riwayat hidup Shaykh ?Abd al-MÄlik bin ?AbdullÄh dan perubahan yang berlaku dalam kehidupan masyarakat di Terengganu pada akhir abad ke-17 sehingga awal abad ke-18 hasil daripada penyebaran ilmu Islam oleh beliau. Kajian yang berbentuk historiografi ini menggunakan kaedah kepustakaan dan juga kaedah temubual bagi mendapatkan data-data yang berkaitan dengan objektif di atas. Hasil daripada kajian yang dijalankan ini, pengkaji mendapati Shaykh ?Abd al-MÄlik bin ?AbdullÄh merupakan seorang tokoh ulama silam yang sangat berkebolehan dalam pelbagai bidang ilmu seperti usuluddin dan fiqh serta mempunyai keperibadian yang sangat mulia. Pengaruhnya dapat dilihat dalam masyarakat Terengganu pada waktu itu dari pelbagai aspek iaitu terasasnya sistem pendidikan pondok, bermulanya hubungan dan kerjasama di antara pemerintah dan ulama, pelaksanaan undang-undang Islam dan lahirnya tradisi kesusasteraan kitab agama dalam masyarakat Terengganu ketika itu
Keywords
Article Details
By submitting manuscripts to the Journal of Al-Tamaddun, authors agree to transfer copyright to the journal. However, authors may republish their work or grant others permission to republish it; in which case it should be accompanied by a proper acknowledgment that the work was originally published in the Journal of Al-Tamaddun. The journal adopt CC-BY-NC licence which authors may also share and distribute their article anywhere of non-commercial website, social media and repositories immediately on publication.
Authors may also reuse the Abstract and Citation information (e.g. Title, Author name, Publication dates) of their article anywhere at any time including social media such as Facebook, blogs and Twitter, providing that where possible a link is included back to the article on the journal site.