LITERASI GEOGRAFI DALAM KALANGAN PELAJAR GEOGRAFI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
Keywords:
Geografi, literasi geografi, tempt - nama, geografi fizikal, geografi manusiaAbstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap literasi geografi dalam kalangan pelajar geografi di Universiti Pendidikan Sultan Iris (UPSI) dengan fokus diberikan kepada literasi identifikasi tempat; nama dan ciri fizikal dan manusia. Kaedah kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan digunakan dalam kajian ini. Seramai 217 responden yang merupakan pelajar geografi tahun satu hingga tahun empat di UPSI telah diuji tahap literasi geografi mereka yang berfokuskan kepada literasi identifikasi tempat; nama dan ciri fizikal dan manusia. Dapatan kajian menunjukkan 54.4% pelajar mempunyai tahap literasi identifikasi tempt - nama dan ciri fizikal dan manusia yang dalam kategori cemerlang dan 27.6% dalam kategori baik, 14.7% pelajar dalam kategori sederhana dan selebihnya sebanyak 3.2% pelajar berada pada kategori yang lemah. Sementara itu, analisis statistik inferensi laitu ujian Khi-kuasa dua dilakukan bagi menentukan faktor-faktor mempengaruhi tahap literasi identifikasi tempt - nama dan ciri fizikal dan manusia dalam kalangan pelajar geografi UPSI. Dapatan daripada ujian Khi-kuasa dua menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara faktor pengalaman mengambil mata pelajaran geografi semasa tingkatan 4 dan 5 dan pengalaman melancong dalam negara dengan pencapaian skor ujian literasi identifikasi tempat - nama dan ciri fizikal dan manusia yang telah dijalankan. Terdapat hubungan yang tidak signifikan dicatatkan oleh sumber rujukan asas yang digunakan, pengalaman berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris bersama keluarga dan rakan serta pengalaman melancong di luar negara dengan pencapaian skor ujian literasi pengetahuan asas geografi dicatatkan. Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar geografi di UPSI mempunyai tahap literasi identifikasi tempt - nama dan ciri fizikal dan manusia yang memberangsangkan.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2022-03-22
Issue
Section
Articles