PERANAN KOMUNITI SETEMPAT DALAM MEMERANGI JENAYAH SOSIAL DI DAERAH TIMUR LAUT, PULAU PINANG, MALAYSIA
PERANAN KOMUNITI SETEMPAT
Keywords:
jenayah sosial, analisis zon penampan, komuniti, penagih dadah, penyalahgunaan dadahAbstract
Masalah penyalahgunaan dadah merupakan satu masalah sosial yang berlaku di kebanyakkan negara, termasuk Malaysia. Berdasarkan rekod statistik, perkara ini amat membimbangkan kerana ianya melibatkan pelbagai peringkat umur. Pulau Pinang merupakan negeri yang merekodkan bilangan kes penyalahgunaan dadah yang tinggi pada tahun 2012 sehingga 2016. Dengan menggunakan data pada tahun 2013 dan 2014, kajian ini mengaplikasikan kaedah analisis analisis zon penampan dalam lingkungan jarak 0.5 sehingga 2.5 kilometer bagi setiap komuniti di Daerah Timur Laut Pulau Pinang. Hasil analisis bagi kajian ini dipersembahkan dengan menggunakan jadual dan peta. Sebagai cadangan, kajian ini menekankan peranan komuniti setempat yang terdiri daripada pelbagai kumpulan serta institusi dalam memainkan peranan